Friday, August 14, 2009

Score A Programme System

Score A Programme System

Score A Programme adalah salah satu daripada program e-pembelajaran pilihan sebagai alat bantuan e-pembelajaran yang terbaik untuk anak-anak mencapai kecemerlangan A dalam peperiksaan.

Score A Programme merupakan alat pembelajaran terkini yang menggunakan kaedah pembelajaran output berasaskan e-Learning yang interaktif dan komprehensif menepati Sukatan Pelajaran Malaysia yang mana telah terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan gred terbaik.

Anda akan dapat mengakses lebih daripada 100,000 bank soalan-soalan berkualiti daripada Sekolah-Sekolah Bestari di seluruh negara untuk digunakan oleh kesemua anak-anak anda yang berada di dalam Tahun 1 sehingga Tingkatan 3, termasuk soalan-soalan peperiksaan sebenar UPSR dan PMR tahun-tahun lepas semenjak 1993 sehingga sekarang (yang hanya boleh di akses di internet melalui portal Score A Programme).

Anda turut akan dapat menikmati kehebatan eReport Card sebaik sahaja anak-anak anda selesai menjawab soalan samada melalui eTopik, eAssessment, eTrial Exam dan ePast Year Exam.

Ibubapa pula akan dihubungi dengan sistem SMS agar dikemaskini dengan pencapaian anak -anak secara mudah, cepat dan tepat.Score A Programme juga akan menyediakan kad laporan secara elektronik dan ibubapa boleh mengawasi mutu pembelajaran anak -anak mereka dari masa ke semasa dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan anak -anak tersebut. Setiap soalan yang dijawab dan juga setiap percubaan yang dilakukan melalui Score A Program akan direkodkan agar dapat memberi gambaran sebenar pembelajaran anak -anak. Ibu bapa secara mudahnya dapat merujuk rekod pencapaian anak- anak di mana sahaja dengan kemudahan internet.

Adalah menjadi kerisauan terhadap sikap ibubapa apabila mereka meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk mendidik anak mereka menjadi cemerlang. Ada sesetengah ibubapa yang terlalu bersangka baik terhadap tahap akademik anak mereka tetapi jangkaan mereka meleset apabila menerima kad laporan akademik daripada pihak sekolah. Kad laporan yang diterima dari pihak sekolah hanya di pertengahan tahun dan akhir tahun, kadangkala sudah terlewat bagi ibubapa untuk memperbetulkan keadaan. Program Score A ini menjadi penyelesaian kepada masalah berkenaan.

Program Score A telah diasaskan pada tahun 1999 dan menghadapi era penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama 3 tahun.Program Score A memberikan fokus kepada pembelajaran daripada tahun satu sehingga tingkatan tiga kerana pendidikan secara online lebih menepati konsep jawapan objektif yang dipraktikkan di dalam sistem peperiksaan utama di Malaysia terutamanya UPSR dan PMR. Score A adalah merupakan sistem pembelajaran online yang seiring dengan teknologi dunia tanpa sempadan dan merealisasikan aspirasi kerajaan bahawa "satu rumah satu komputer" yang menyedarkan faedahnya kepada masyarakat. Program Score A telah melengkapkan sistem pembelajaran di Malaysia dengan kaedah pembelajaran online yang sudah diterapkan di negara - negara maju sebelum ini.

Pada tahun 2002,Program Score A telah menlancarkan sistem pembelajarannya di sekolah - sekolah bistari di Malaysia. Sebanyak 14 sekolah-sekolah bistari telah dipilih di seluruh negara untuk menggunakan Program Score A.Program Score A telah diberikan secara percuma kepada sekolah - sekolah ini diatas tujuan menguji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan sebagai hasil pulangannya, pihak Program Score A mendapat hak mengumpulkan kertas - kertas soalan peperiksaan daripada sekolah - sekolah ini untuk digunakan di dalam sistemnya.

 
Program Score A juga mendapat hak untuk mengumpul kertas- kertas soalan UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Hasil daripada percubaan sistem ke atas sekolah bistari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93 % pelajar - pelajar yang menggunakanya telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100%.
 

0 comments:

Post a Comment